Showing posts with label ngomel-ngomel. Show all posts
Showing posts with label ngomel-ngomel. Show all posts

Monday, November 25, 2013

~rindu pada kaki komen blog!. :(

Assalamualaikum bloggers..

salam kemaafan dari diri ini buat semua followers yang comment or tinggalkan jejak yang buat kan aku tak boleh bagi feedback / jejak smula kalian..

honestly, rindu pada kawan2 yang kongsi idea, cerita, gelak tawa dalam blog. camna ek aku nak cari blog uolls suma. asal klik je error asal klik lagi skali kua cm bawah ni... klik byk kali pun kua cmni..


help me please.. rindu uols especially kaki komen blog! :( apa la cerita terkini uols.  bila ramai dh kawin ni sunyi uols hehe..

p/s : sape tolong ai belanje minum. tqvm

Thursday, July 11, 2013

~Ramadhan datang lagi...:)

Assalamualaikum readers.. :)

lama tak update, malam ni berkesempatan untuk update my blog,,
wah! rindu kat sume!
hehe..

Selamat menjalani ibadah puasa ya semua..buat rakan bloggers n readers.. =)

malam ni malam ke-3 untuk solat terawikh..
bermakna hari ke-2 berbuka puasa.. tapi i tak dapat berbuka ngan suami.. Mr. F gi outstation! wawawa..!
semalam je sempat berbuka sama..
pertama kali bersahur dan berbuka sama sebagai suami isteri..
Alhamdulillah..syukur pd Yang Esa :D

buat rakan boggers yang follow blog ni nanti i follow u back hokay.. dun worry. i will. :)
so kesempatan ini nak minta pendapat uolls, i rasa nak tuko background yang comell ni (bagi i lah.hehe) kepada background yang laen.. saje.. amek mood setelah bergelar isteri orang ni..hehe
okay x?
tapi lecey kan nak copy url bagai n paste..nak milih lagi perlukan masa yang lama untuk orang macam i ni.haha..so klu sempat i buat klu x, i hapdet je blog ni kan uols.

sampai sini, dadaa...!

p/s : miss my hubs so much. much. damn much. adoyai. baru satu malam. ayaayaya


Wednesday, January 16, 2013

~bengang!

assalamualaikum..

ni luahan bengang petang semalam.
sepatutnya hari ni dah reda... dan memang pun dah reda.. tapi teringat.
nak kongsi ngan uolls..

korang... korang pernah tak jumpa makhluk yang suka ngutuk orang secara terbuka...? pernah?
mintak hampun mintak mahap kalau korang pernah jadi makhluk cenggitu tapi seeloknya berubah la.
kalau nak bergurau pun tengoklah tempatnya.

ceritanya camni..
pada mulanya aku tak kesah..dan tak ambil hati pun siap assume teguran tu as a joke bagi dia. tapi ntah.. lepas 2-3jam lepas tu baru hati ni tertanya2..kenapa die boleh cakap camtu..tanpa memikirkan apa yang orang rasa.. dan apa yang orang boleh labelkan pada dia.

Allah ciptakan sebaik2 mulut untuk diguna pakai oleh hambanya sebaik2nya. tapi si makcik ni agaknya lupa lah tu. selalu sangat aku dengar kelaseran mulut dia tu. bajet dia hot sangat lah tuu.. grr.. PLEASELAH aku  tak heran langsung dengan cara kau. kalau kau menilai orang dengan cara pemakaian ramai lagi orang yang mentaliti bagus menilai orang dengan perwatakan dan budi bahasa.

bagi aku kalau setakat ko dress up cam lupa daratan siap nak menegur orang bagai...boleh duduk tepi. mungkin niat ko baik suh orang bergaya cam ko tapi ko jangan lupa pakaian2 ketat tu Allah pun tak suka. Asal aku tahu aku menutup aurat sudahlah. ko je yang tengok aku serupa makcik tapi hakikatnya kalau ko duduk sebelah aku memang orang boleh menilai kot aku yang makcik or ko yang makcik?!

for readers... kita kena tahu niat kita semasa memakai pakaian. kalau setakat nak pakai baju sebab nak attract orang especially laki2 (if u perempuan).. baik uolls tak payah lah kuar umah. kang kalau kua dosa yg dapat. dosa tu pulak siap kongsi ngan bapak/suami korang. faham kan?  dan kalau setakat nak berpakaian tu sebab nak dapat pujian2 heyy... please just stop it. sedarlah pujian  tu boleh bawa kepada kelalaian. Semua yang cantik tu milik Allah. tiada apa pun yang kekal.

to makcik yang sound aku semalam. haha. ko lum tengok lagi aku balas secara pedas. just watch ur words afta dis!

p/s : alhamdulillah setakat ni, aku ni tak suka sakitkan hati orang tapi kalau orang tu macam tak sedar dia selalu sakitkan hati orang, aku dengan sukarela hatinya suka untuk tolong menyedarkannya. wait n see.


Tuesday, January 8, 2013

~hargai mereka..

assalamualaikum..

pagi2 buta update status. jangan pelik ya.

skang routine dah tak macam biasa. sejak2 kena urus murid tahun 1 ni asal balik sekolah je terus pengsan. dulu tak tahu rasa nya camni.. ingat mengajar je senang la.. rupa2 nya sekali dapat jawatan guru kelas tahun 1 dan ajar anak2 kecik ni... wa... memangg mencabarr sesangat. nangis pon boleh wa cakap sama lu..
mungkin yang dengar or baca entry ni just anggap remeh kan..
tapi honest. aku memang salute guru2 kelas tahun 1. sy yang masih muda and trang tang tang ni masih mengutip pengalaman ye la baru tahun 3 dalam dunia ni...

so dipendekkan cerita :
hahaha... aku baru bangun tido jam 1.10am tadi.. lepas isya' terus pengsan xsedar. sedar2 cam sakit badan. Ouhh.. tengok jam terkelip2 rupanya malam masih muda. (-_-). so sampai skang berjaga..
ape yang aku buat dari tadi ialah cuci muka+makan char kue teow yang xabes makan maghrib tadi+sambil tonton 'Istanbul aku datang!!' =) oh jatuh cinta aku kat lisa surihani! xoxo.



sesiapa yang belom tengok...please tontonlah. haha. memang sangat cute cerita ni. secute Lisa. =) bila lepas tengok cerita ni barula aku yakin lisa ni memang pandai berlakon. haha.

moral of dis movie is... hargailah orang yang kita sayang. jangan anggap mereka tiada perasaan sehingga kita boleh lekehkan mereka tanpa kita sedar. oh shit. aku dah la masih dalam dilema kesedihan. memang ada part dalam cerita ni wat aku nangis. tapi kalau korang dah tengok mesti pelik kan part mana la yang aku boleh nangis. huhu. jangan gelak lah. jiwa kalau kacau cam aku skang ni kalau tengok cerita upin ipin pun bole nangis. wawawaaa....

p/s : sat lagi aku tido balik jangan bangun tengahri sudahhh...dah la semalam tido bangun kul 10pagi! melompat aku terkejut! huhu

Tuesday, November 27, 2012

~membebel? meluat? eh?

assalamualaikum sume..

okey hari ni jom kita kupas isu MEMBEBEL. amacam?
kedengaran menarikkan? :P haha
korang pernah kena bebel tak?
ke korang selalu kena bebel? hehehehe
ke pernah berhadapan dengan makluk yg suka membebel?
ATAU andalah makhluk itu??erk!

aku tak suka satu pun situasi yang disebut diatas. SANGAT TAK SUKA.
benci teramat amattttt la sangat.!!
mintak dijauhkan kalau dah kawin nanti jadi macam tu.
please.

aku tak faham la ngan org yang suka membebel. agaknya kepuasan kot ek bagi die.
sebab ade membe aku kata kalau die membebel die puas.
huhu. kalau nak puaskan hati membebel la kat bilik air ke, ngadap dinding ke and please dont try to find me.
sbb nya. telinga aku ni tak boleh menampung bebelan tersebut.

membebel dengan meluah perasaan tu lain. macam aku skang tengah meluah la ni. haa....
meluah perasaan yang tak puas hati. hahahha.
tapi kalau membebel tu cakap yang non-stop tu ha.. cakaaaaaaapppp jekk mulut die....kesana sini mulut pot-pet-pot-pet.
ah. buhsan.

so guys yg tengah membaca.. elakkan la dari sikap suka banyak cakap ni ek.. cakap yang perlu jek.. yang dapat beri manfaat .. kalau start nak mempot-pet-pot-pet benda yang lepas nak ulang2..yang xtahu akan datang dah asek nak bayang2... berubahla..


bukan semua orang suka dengan perangai membebel. aku yang perempuan lagi original ni pon meluat. kalau laki mulut cm ppuan mmg aku pun lari. huhu.

p/s : Ya Allah..jauhkanlah aku dari orang2 yang suka membebel. sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui..

Thursday, November 8, 2012

~statue of liberty!

assalamualaikum guys..

mood ketika ini  : kecewa+rasa sangat nak maki tapi alhamdulillah tak terkeluar perkataan yg xsenonoh itu dan bersyukur hanya keluar pfffttt!!. itu aje.+sungguh2 kecewa. =(

lately ni keje memang banyak sangat tak terbendung!
..memang boleh mengundang stress ya ampun........
masa untuk entry post pun sangat tak sempat hanya sempat mengomen sahaja di blog yang bertuah.
bila rasa tertekan terus terdetik.. "siapa kata kerja cikgu itu mudah??"
hm...

memang keje banyak so aku uruskan yang mana boleh cepat siap.
yang pakai anggota tangan and lappy memang dapat siap tapiii....
yang pakai internet ni yang rasa nakk pfffffttt!
bukan apa...
nak ckap internet aku slow mmg penipu la tapi nak log in SPPBS tu aje dah dekat 3jam dari kul 4pagi aku usaha tapi haram tak dapat..
bukan malas! tapi nak log in pun masalah!
dah macam statue of liberty dah ha.

dah la class banyak pulak tu. 10 class + dlm setiap class ada 39/35. most 39 pupils.
masalah tak habis2 dengan password.
kenapa lah wujud beban untuk cikgu yang macam ni..tolonglah

p/s : benda2 macam ni lah yang mengganggu emosi guru. bila kerja tak siap disalahkan terus. tak tahu yang kita ni bangun tdo je terus fikir keje sekolah..buat keje sebelum pergi skolah. pagi/petang g skolah dah ngajar tak sempat nak wat bnde remeh. balik umah wat keje skolah. ni hidup sorang lagi ni kalau dah kawin cmnelah nak uruskan makan pakai suami/anak2..sabarjelah.


Wednesday, October 24, 2012

~sape nak kurus??

assalamualaikum readers..

hai...

penat semalam tak hilang lagi...hari ni bertambah lagi keserabutan..
cepatlah CUTI datang. CEPATLAH...
macam dah tak tertahan rasanya nak bercuti..
nak bernafas skang pun rasa sesak sangat..
='(

sebab semua ni ke jadi berat badan turun mendadak?
sobss..sobss..
sape nak kurus? aku taknak..
tapi since puasa hari tu berat aku turun 5kg! lepas raya dalam dua bulan lepas tu aku timbang naik 2 kilo jeekk,,,
tu pun timbang sebab jumpa penimbang. dengan harapan naik la berat sebab badan rasa dah melayang2..
cincin pun boleh terpelanting sebab jari halus sangat! :(
may bad!

dan yang tak boleh blah ramai sangat2... diulang ya RAMAI SESANGAT yang tegur.. "ehh kurusnya skang! kenapa kurus ni ...?? yela... nampak kurus tau.. dulu tak macam ni..sakit ke?"
Hokey KORANG.. aku pun tak perasan la. maybe sbb metabolisma badan aku sangat tinggi so sesenang tu je berat ni boleh turun..dengan kurang rehat n tido lately ni.. hm..
dats y lah aku nak CUTI! nak BEREHAT!
arhh!!
*mode : sedey+serabot sbb banyak sangat keje nak kena siapkan b4 cuti+=(

padahal ramai lagi yang nak kurus kan..tapi punyala susah..kita tuka nak ? hohoho
sampai kawan sekolah kata" beruntunglah awak senang je nak turunkan berat badan.. kalau macam kami ni, heyyy..jenuh...hahahahaa.."

p/s : semalam fitting baju bertunang..diri depan cermin.."err...aku ke ni?"

Tuesday, October 16, 2012

excited!!

assalamualaikum readers :)

gudmorning!
kali ni banyak sangat aku nak share ngan  korang.. dalam kepala otak meluap2 benda yang aku nak ceritakan sampai jari-jari ni tak terr--type. :P
heheh..

banyak sangat info berguna yang aku dapat dari  blog cik CZE... waahhh.. rasa bersemangat nak wat preparations for my big day! really! tq alot cayang....=)) so skang idea2 aku memang tengah melimpah2.. nasibla kena pergi sekolah petang ni..kalau x..macam2 aku nak buatt!!
hahaha :D

ahad baru ni aku g ....


wahh! heavennye tengok barang2 dia.. tu baru tengok..  actually plan nak g sini dah ada lama tapi baru berkesempatan.. *berkesempatan nak beli barang sendiri..hehe
saje...surveyy barang..survey price barang.. hehe..
nak kata banyak yang aku sambar tak jugak..
tapi aku beli la sumthing yg dah lama sangat berhajat nak beli!
ape dia?

pasu kaca!
haha..comell jek...aku pun xberapa pasti sejak bila la aku minat benda2 macam ni.. tapi sejak nak wat preparations ni kot..aku wat ujian kat diri sendiri.. =)
so aku rupanya minat benda2 berkaca....lutsinar n white..
then aku beli 3biji pasu kaca...yg omel2 je *takde gambar sbb malas nak snap then kt google pun xde. sory.

masa aku masuk je ikea tuh.. ade sorang kakak ke makcik ni beli 1 troli menda ni >>>
mak aihhh... dalam hati aku 'ko pun wat preparations nak kahwin gak ke? belikan untuk adik kot. hoho..cam murah jek gaya ko beli.." :P
masa aku pusing2 ikea tu...rupanya bekas atas tu dah turun harga dari tahun lepas! patutlah ramai yang grab.. tapi aku macam bosan je tgk bekas tu..huhu. sori.


ni lagi satu yg aku sempat aku grab!
 

RM 4.90 jek sekeping.. yang ni boley letak pics dua keping.. actually aku beli nak hias bilik tido..:) pasu kaca tu pun sama..
wahh....seronok dah boley decorate bilik sendiri!! lagi2 bilik nak guna kahwin.hihi..pakai duit sendiri.. sblum ni telan air liur je la duit takde..hehe

ni pon aku beli lagi sebab dah lama aku guna untuk wangikan bilik tidur aku..stock kat bilik tidor pun dah nak abes..=)


pastu aku terrbeli.....tadaa.....!!
bantal 2bijik letak dalam keta abang..cover dia cotton! empuk lagi..memang sedap sangat dipelok kuat2..haha

tu je kot yang aku beli... hehe..
eh ada lagi..
ni haa..*suka sangat beli barang merapu esp bag! huhu

nama bag ni "BAG FOR LIFE" haha..
rasa2..kalau sapa yang hidup takde lagi bag ni korang kekurangan sesuatu.. =P


aku beli yang RM1.50 & RM1.90.. RM1.50 untuk aku sebab boleh isi buku2 kerja budak..RM1.90 untuk my mum sbb dia suka sangat bag yang gedabak macam ni ha.. hahahah

p/s : tak sabar nak pegi lagi dengan bawak duit yang beriban2..! haha

Tuesday, October 9, 2012

~grr..grr..geram!!

assalamualaikum guys! :)

hope hari korang hari ni better than aku la.. wuu..euuu
bukan nak mengeluh.. just teringat je...bila teringat ni yang wat aku rasa urghh..=(
aku tahu mengeluh ni tak baik..tak elok..
so..aku nak stop. aku nak share ngan uolls..
ce bagi pandangan sket..

(xde niat nak mengumpat taw ni, so nama dirahsiakan)
yang terlibat ialah aku dan BETIK ni.. *nape aku namakan dia betik ek? :P hahaha. spontan!

cerita bermula..

--1---
dalam satu majlis ni, aku jemput BETIK ni duduk..yela dia tua kot dari aku..sebagai budak yg masih tahu berbudi bahasa aku hormat dia sebagai org tua..respon si BETIK ni ialah dia wat dunnoo jek. wat tak nampak akan kewujudan aku..ehh! ehh! dia ni..xdengar kot. so aku jemput la lagi.. tak elok la..aku yang muda remaja duduk dia pulak berdiri..tapi respon dia masih sama! aku cakap depan muka dia kot!.. so apa tindakan yang korang akan ambil?
AKU? aku pon duduklah apelagi.. tapi aku duduk jauh sikit la dari dia sebab aku tak nak nampak kurang ajar..even ada kerusi pun aku duk je atas lantai.. aku masih berfikir biarlah yang muda beralah..

--2---
dengan tanda hormat aku bagi salam pada BETIK.. kan dalam Islam pun kata jangan bagi salam pada orang tertentu sahaja sbb itu antara tanda akhir zaman..kan?.. BETIK dengan kompiden nye blah je wat tak tahu. HOi! aku tergamam okey. dan terus teringat..ehh, semalam aku ada terasa ngan dialah! cmne aku boleh lupa?? tu obvious memang kelemahan aku. aku tak suka ingat benda yang aku tak suka. then hasilnya. dia jadi balik! hahaha...

--3---
hari tu, keta aku bertembung dengan keta BETIK ni depan pagar sekolah. aku nak masuk dia nak kuar. tapi aku xperasan pun BETIK dalam keta tu. masalahnya keta dia tak mengalah kot. memangla keta die gedabak besar. tapi aku sikit pun xheran, aku punyalah ke kiri so die suppose ke kanan siket..tapi BETIK ni wat tak tahu..gaya dia cam marah la patut aku la bagi laluan kat dia. Hoi. kat selekoh mana nampak sapa nak kuar sape nak masuk. kalau aku tau BETIK ni nak kuar sejam lepas tu baru aku masuk sbb malas nak ngadap muka ko.huh..

--4--- haa..ni yang latest!. petang semalam! aku tak perasan aku terblock keta dia! hahahah! padan muka aku ke padan muka BETIK ni. hehe aku pon kompius. sebabnya ada announcement suh aku alih keta..sebenarnya aku rasa keta dia bole je kuar..tapi BETIK ni ngan muka busuk dia berdiri belakang keta wat2 main telefon. aku tergelak kot tengok muka BETIK tu macam tu. sebabnya muka dia lagi aku kne ngadap.haha. tapi aku ada rasa lah bersalah n nak minta maaf..aku pun panggillah nama dia.. BETIK! BETIK!.. dalam hati nak minta maaf mmg aku tak sengaja. ko gila ke hapa saje nak block keta orang kan. sorry. aku bukan suka cari pasal. tapi BETIK ni..wat lagi apa yg dia biasa wat. wat dunno n maen2 fon. choii! aku pun pikir baik dia tak dengar kot baikla aku cepat2 alih keta.. dalam hati nanti aku reverse aku angkat la tgn n mintak maaf.. elok aku reverse dia gerak pandang tempat lain! HAH! yang ni nampak sangat dia tu %*^$**!! siot betullah! aku tak pernah jumpa orang macam nih! setakat jenis keta mcm ko adik beradik aku pakai lagi besar kot keta dia dr ko. baru pakai keta tu dah muka berlagak nak mati.. kalau tetiba la mati depan aku hah cmna? :P

lepas tu masa yang sama lepas BETIK ni blah lalu lagi satu keta lambai2 kat aku..hahaha...penuh keta tu aku tengok..elok je depa senyum lambai2.. terus terpikir..cmne orang yang aku tegur boleh tak dengar tapi orang aku tak tegur boleh nampak aku?? tu lah kalau ALLAH nak tunjuk kan..=)

p/s : sebelum ni selalu dah aku dengar yg negative pasal BETIK tapi aku malas lah nak caya.. tapi bila share ngn uolls aku ase.. eh! dah 4x aku kena ngan dia! haha..



Thursday, October 4, 2012

~ketinggalan hah hah hah!

assalamualaikum bloggers sume =)

for d first time bangun pagi tadi tangan ni dok lawat blog2 membe guna fon..! siyes best! :D
tertinggal kan aku? huhu..
so, bru aku realize yg kenapa aku xbole nak update blog slalu.. SEBABnya ialah kalau dok depan lappy ni tangan dok klik sana sini..layan lagu la fb la..tengok baju la bace artikel sana la, sini la..
memang... memang habis terbengkalai semua keje.. hah hah hah!

tapi bila buka blog membe2 guna fon boley je aku comment dengan senang hati.. wahh..
lepas ni nak wat la..hahaha...
tu la aku.. fon je la smart..aku je xberapa nak smart..xpe2, pelahan2 kayuh kan..haha

yang aku malas bebenor nya pakai smartphone buka sana sini sbb nanti cepat pulak habes bateri..aku dah lah spesis yang malas gila nak cas fon! hoho.. tak rajin okey nak carik mane chager dia nak cucuk kat plug lagi. ohh sangat xrajin. melaenkan fon tu dah start keluar bunyik..keluar lampu signal bagai..
barulah aku tertunduk2 cas fon..:P keh keh

lepas tu nanti bila dah cas aku cam kesian kat fon aku..bolehkan macam tu? haha..sebab sampai nak kena sound bru nak cas kan..kann..
korang tak macam tu kot sbb korang rajin im so sure..aku je pemalas. hahaha.

so lepas ni aku nak beli la charger banyak2..letak sana satu sini satu.. depan pintu satu bilik air satu..haha.melampau!

Friday, August 10, 2012

~burung hantu ke..

assalamualaikum ..

late at nite..but i still can't sleep yet.
arh.
...........eh!
bru prasan ade yang tak kena kat shoutbox..
ok, fine..da tuka baru pun..:)
lepasni..lepas baca ni..
korang korang koranggg......
jot down ye.jangan dekut.. (^^,)
tak abes dakwat pun..
huhu
taip la kasi puji2 sikit...
"belog u comell la cam tuan die..auu"
"i follow u..u follow me ya.."
haa...
begituuu....
ade paham? kan manusia suka akan pujian..
mana ade yang suka kejian..
:P

ok dah..try to sleep back. counting days lah pulak..huhu

Friday, April 20, 2012

~alaa....nape cmni??

assalamualaikum...:

aku baru tengok belog ni..rasa macam baru 2ari tak tengok.so, nak klik la tengok dashboard tapi dah lain..waaa....aku xpaham... skang sume nak baru..fesbuk nak jadi timeline..kat fon sume diapdated kan..belog pun jadi cmni..ape niii...
haddoiii...
korang dah lama perasan ke?