Showing posts with label job oh job. Show all posts
Showing posts with label job oh job. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

~BAWANG!.

Assalamualaikum.
hai semua.

hari ni (semalam) walaupun sabtu agak sibuk sket aku di sekolah memandang sekola aku buat sukaneka untuk murid tahap 1 (tahun satu, dua dan tiga) so dengan murid2 yang ramai iaitu satu tahun ada 9 kelas dengan seramai 35 orang murid setiap kelas korang darab lah sendiri besar tak besar jumlahnya. hihi.

pah tu nak dimuatkan dalam satu dewan terbuka yang baru siap dipenuhi dengan guru2 sesi pagi n petang yang cikgu je dlm 200 lebih tak cmpur mak ayah adik bradik yang datang sokong anak2 main sukaneka. hahaha padat ke tak padat nya dewan tu..cam tin sardin rasanye.fuhh~

apa2 pun, syukur alhamdulillah semua murid aku berjaya menang tempat ke-3 untuk 2 games yang mereka masuki. =) cikgu hepy taw walaupun peluh je yang dapat tapi tengok diorang main dengan semangat tak kesah lah peluh2 basah baju pun. demi anak murid :) kenn.

tapi kisah yang tak puas hati ni melibatkan seseorang yang aku tak sangka lah dia macam tu.
tiada niat nak mengutuk memandangkan aku pun tak gtau nama dia pun kan kt uols. just nak meluah rse hati yang terkilan ni dan semoga aku dan readers dijauhi lah dari sikap si BAWANG yang tidak bertanggung jawab.

hal nyee cenggini... aku ada amanahkan si BAWANG untuk smpaikan pesan. memandang kan aku ni tak tahan sangat nak membuang air besar dalam kesibukan tu. majlis baru aje start tapi aku ni memang alah sarapan pagi awal sangat so nak tak nak kena lah pegi menunaikan hajat. dipendekkan cerita BAWANG aku pesan ni tak smpaikn pesan aku. so berlaku lah masalah yang tak disangka2 dan melibatkan murid2 dan mak murid.

memanglah masalah yang timbul dapat diatasi, aku bersyukurrr sangat... walaupun tak sebaik mana tapi masih membuatkan ak mcm tak pecaya yang si BAWANG ni tak menyampaikan pesan aku. ke aku ni mudah bersangka baik dengan orang ke ntahla. sebab aku jenis tak suka nk labelkan orang dengan skali salah or silap.

Dengan kata lain, aku test lah lagi si BAWANG ni. kali ni aku amanah kan dia untuk jaga barang aku. si BAWANG ni okay je. cam tadi lah beriaya sanggup. rupanya bila aku smpai dewan smula barang2 aku dah dikutip oleh orang lain memandangkan dewan nak dibersihkan..  time tu aku cari si BAWANG ni memang tak nampak langsung dah kelibat dia. hey! tak guna betul. memang tak boleh pakai okay itu BAWANG. bukan salah aku fikir macam tu ko yang buat aku fikir macam tu!! dalam hati memang aku TAK SUKA n MELUAT jumpa orang perangai macam BAWANG ni! eii! kemaen depan kita ye ye je cakap boleh bagai. belakang kita PUIHH!

kalau nak dikenang2 memang rasa terkilan tu smpai selasa depan tu aku akan ingat jugak. tapi aku ni malas nak amek yang negatif. mungkin masa mama aku mengandungkan aku dia sangat positif dan dari situ aku bersyukur sangat sebab mewarisi sifat ni dari dia. tenx alot mum! so lepas aku meluah pelbagai rasa pada suami. aku mereleasekn diri dengan mengajak MR.F makan pizza. haha! setel!

p/s : aku memang takde niat nak berdendam tapi aku akan ingat apa si BAWANG ni dah buat memandang aku tak nak buah pisang ke buah epal ke limau ke jambu ke berbuah dua kali. full stop.



Monday, November 25, 2013

~cuti sekolah end year 2013!

assalamualaikum semua =)

lambat post dis entry tapi aku skang super duper eksaited melayari hari2 cuti sekolah ni.hehe...
walaupun MR.F tak abis lagi kerja di laut tapiiiiiiiii......... dengar2 minggu ni dia dah boleh balik! ya Allah ! happy sangat aku hokay! yess! yess!! yess!! aku rasa saat dengar berita tu hati ni dah kembang kuncup bagaii. hahahha nak tarian samba tarian gawai sume aku nak wat. chewah!

so, disebabkan itu semangat yang luar biasa datang masuk dalam badan ni ha. buktinya semalam aku sapu umah.. semua ruang tamu ruang bilik dapur kering basah sume aku sapu dan mop! alahaiii.. kilat nak habaq kat angpa suma..! tinggal bintang takde je nak kuar dari lantai tu...hihii

lepas tu toilet MR.F pun aku sental kasi licin kilat cam sunlight aku buat! hah puas hati! sume botol2 shower foam ape bnda ntah yang dh kosong n dia susun kat toilet tu sume aku buang. pastu aku susun cantik2 barang2 yang penting2 je dlm toilet tu..  sampai aku rasa puas hati aku pulak nak lama2 dalam toilet dia. haha...

next story :
kepada sume cikgu sekolah seluruh malaysia selamat bercuti aku ucapkan! manfaatkan masa cuti ni bersama yang tersayang, families n geng gonjeng kita.
kerja2 jugak. kne g skolah time cuti hadap jugak tapi atleast yang paling aku suka dah xde mak bapak yg nak message fon aku tanya itu ini. walaupun awal cuti tu ada tp aku consider sbb guru tahun satu memang kne banyak bersabar.. tapi skang dh takde n aku hargai sangat! baru rasa ada masa sendirian yang berkualiti. alhamdulillah.

right now. lepas post entry ni aku memang nak pulun wat kerja sekolah satu hari ni harapnya selesai dan nak terus submit kt skola n setelkan pasal2 fail murid nak pindah n etc... insha Allah.

see u then~

p/s : MR.F balik je terus nak g holiday! yeayy!

Wednesday, July 24, 2013

~Manusia memang suka menilai..

Assalamualaikum sume..

*ini adalah entry yang terlambat nak post gara2 tenet yang tak berapa nak ada.mahap *

sedih bila terbaca komen kritikan yang kurang membina berikutan kes baru2 ni, pasal seorang guru yang berkejar nak pergi mesyuarat terlupa anak nya yang tidor di seat belakang kereta.. anak kecil 3tahun telah meninggal dunia sebaik ibunya menyedari setelah abes sekolah jam 5.30 petang.

korang mesti tau kan kes ni?  

macam2 feedback orang komen pasal kes ni.. aku nak komen satu je, manusia ni kalau diberi ruang untuk bercakap memang semua dia nak luah. kalau tak diberi ruang pun ada aje nak dikomen..tapi sebaiknya komenlah yang baik2. Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu...

bukan sebab aku pun guru aku nak menangkan si ibu. Rasionalnya kerja guru sekarang bukan seperti kerja guru dahulu. Bebanan kerja, tanggungjawab semua tu dah tak sama. Lagi2 skrang kerja guru selalu sangat dipertikai dan dipandang serong. Ramai ibubapa berdiri diluar sekolah memerhati anak2 dan keletah guru. Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

kami warga guru sesampainya disekolah terus sibuk dengan kerja2 sekolah.. mesyuarat, tugasan harian (jaga murid2 yang berkumpul disuatu tempat dengan murid2 yang reti diam hanya sekejap) dengan tangan penuh buku/ kertas evidens, melayan anak murid yang mengadu jatuh/ bergaduh/ cedera terus guru berlari ke pejabat ambil ubat.. terus lupa masalah dirumah ataupun apa yang perlu dibuat sesampainya disekolah padahal dah set pada minda apa yang perlu dibuat dahulu.

Jangan salahkan 100% ibu tersebut CUAI. 
Sebaliknya renung2kan, sedarkah kita jika kita berada dalam keadaan kelam kabut, apa yang kita ingat ialah rutin seharian sahaja. kematian anak adalah asbab sahaja. jangan mudah menuding jari jika tidak pernah berada ditempat ibu tersebut ataupun mengalami situasi sedemikian.  

Aku setuju sangat dengan nasihat UAI dibawah :



p/s : semoga Allah meminjamkan kekuatan buat ibu arwah untuk menjalani hari2 yang mendatang tanpa anak beliau dan mendepani masyarakat yang pandai sangat bercakap. Al-fatihah buat arwah..



Thursday, November 8, 2012

~statue of liberty!

assalamualaikum guys..

mood ketika ini  : kecewa+rasa sangat nak maki tapi alhamdulillah tak terkeluar perkataan yg xsenonoh itu dan bersyukur hanya keluar pfffttt!!. itu aje.+sungguh2 kecewa. =(

lately ni keje memang banyak sangat tak terbendung!
..memang boleh mengundang stress ya ampun........
masa untuk entry post pun sangat tak sempat hanya sempat mengomen sahaja di blog yang bertuah.
bila rasa tertekan terus terdetik.. "siapa kata kerja cikgu itu mudah??"
hm...

memang keje banyak so aku uruskan yang mana boleh cepat siap.
yang pakai anggota tangan and lappy memang dapat siap tapiii....
yang pakai internet ni yang rasa nakk pfffffttt!
bukan apa...
nak ckap internet aku slow mmg penipu la tapi nak log in SPPBS tu aje dah dekat 3jam dari kul 4pagi aku usaha tapi haram tak dapat..
bukan malas! tapi nak log in pun masalah!
dah macam statue of liberty dah ha.

dah la class banyak pulak tu. 10 class + dlm setiap class ada 39/35. most 39 pupils.
masalah tak habis2 dengan password.
kenapa lah wujud beban untuk cikgu yang macam ni..tolonglah

p/s : benda2 macam ni lah yang mengganggu emosi guru. bila kerja tak siap disalahkan terus. tak tahu yang kita ni bangun tdo je terus fikir keje sekolah..buat keje sebelum pergi skolah. pagi/petang g skolah dah ngajar tak sempat nak wat bnde remeh. balik umah wat keje skolah. ni hidup sorang lagi ni kalau dah kawin cmnelah nak uruskan makan pakai suami/anak2..sabarjelah.


Sunday, August 5, 2012

~heaven sungguh lah!


assalamualaikum..
 happy sunday to uolls.. :)

hehe...sounds good rite? :)
mana taknya.. semalam cuti..hari ni cuti..esok pun cuti...
ahhh!..Heaven betoi rase dihati! hehe

semalam balik dari PTGC.. aku ngan osmet merayau2 di JJ AU2..
ingat nak shopink2..hehe..dapat pon apa yang diingin kan..


 *tau la kan?hehe

lepastu beli pasu bunga ngan batang kayu..sebab aku nak alih pokok2 ke dalam 1pasu je..
senang lepas ni nak siram..haha 

so, sume yg aku plan setel seperti yang dirancang..alhamdulillah..
anak pokok dah beralih..
buku2 tulis anak murid siap ditanda...
just buku aktiviti je belom..malam ni kot buat pulak.
bosan gak ngadap tulisan budak. penin(-__-) huhu

so nilah hasil nya..>>



ingat nak layan movie la pulak lepas ni...
lama dah tak nengok cerita hantu..huhu...
*padahal assingment individu KISSM tak sentuh lagi..wuwu
rehat la kejap kan..asek bekerja je..
orang kat umah aku petang2 tido..lagi2 hujan pulak.haha,,syahdu je aku tengok..
tp aku tanda buku pulak..
*bukan bajet rajin tapi skang sejak keje petang tak reti tido dah kat umah..pity me~

p/s: bersyukur sangat cuti 3hari...sbb dapat berehat dari ke sekolah
 tapi.. cuti2 pun masih cuba menyiapkan kerja2 sekolah yang tak mungkib habis..huhu




Saturday, August 4, 2012

~bersyukur...:)

assalamualaikum guys..:)

alhamdulillah..aku bersyukur sangat...akhirnya apa yang dinantikan muncul jua...!
hahaha... korang rasa2 apa..? :D
yang dinantikan tu bukan manusia...
tapi hanyalah panggilan oleh sekumpulan manusia...huhu

dah dekat 2 tahun bekerja takde bayang pun macam nak dapat surat sah jawatan..
memang tak boleh dapatlah kan kalau belum pegi KISSM..*utk cikgu2 yg baru posting cam aku
so pagi tadi aku ngan osmet ke Perangsang Templer Golf Resot sbb nak hadiri taklimat KISSM la..
kejap je event nye..dalam surat 9.30am-12.30pm...
tup2 pagi tadi mula dalam kul 10.00 til 11.15am~~Huuuu...kejap sangat kan?
datang punya awal belum kul 9.ooam dah sampai.. hahaha.*.semangat waja kan aku ngan osmet? :P

so sampai je sana, kami trus daftar diri. kami dibekalkan CD sekeping setiap sorang sekali ngan NO.tugasan individu yg ditulis pd cover cd.. sume ada dalam CD tu. nota n tugasan individu.

4-6 sept.2012 ni aku kne submit tugasan tu kalau x, tak dapek la aku join kursus KISSM yang 3hari tu..
nanti...mase kursus 3hari tu pulak baru dapat tugasan kumpulan..
so kawan2 doakan aku ye dipermudahkan segala urusan..:))
sebabnyee...
aku tak sabar sangat nak sah jawatan!! huhhu....

one more aku jumpa wani!...besttnyee! hilang rindu kat dia..:) bila jumpa ngomel2 ajelah sampai takdengar ape org depan tu cakap :P.. hahah

p/s: pas mandi nnt aku baru nak buka CD nak tengok ape yg ada dalam tu..osmet aku kata tugasan aku senang siket dari dia.. yeke osmet??..hehe

Monday, March 19, 2012

~mood melayang

assalamualaikum semua....


Today is monday..monday bluess?? hm...selalu bila Isnin jek macam2 rasa kan? xkesahla orang tu dah bekerja ke...belajar ke... tapi yang pasti majority rasa xbersemangat ...perkataan kasar die MALAS! hahahha... sebab dah cuti kan sebelum ari senin tu...... cube kerja ari ahad lagi hangin nak keje ari senin...:P

mari lew kita berpakat menjadikan hari isnin SESERONOK hari JUMAAT ye....:))kuikuii... *gelakkan diri sendiri....wuwuwuwuw~

Saturday, March 10, 2012

~fever

assalamualaikum readers.:)

hari ni da kurang panas badan ni..semalam MC x pergi sekolah..nak type panjang2 pun xde kuasa lagi..sbb bru nk recover.
aku ade rasa terkilan untuk minggu2 sebelum cuti sekolah bulan 3 ni yang dah mula hari ni.antaranya:

  • seminggu takde kat sekolah bermakna seminggu jugak tak mengajar dan seminggu jugaklah anak murid aku tertonggeng maen sebab tak belajar.
  • 2minggu sebelum tu pun aku takde kat sekolah sebab g sekolah lain.
>>>>semua ni kerana aku terlibat ngan MSSD Gombak.Happy bila budak2 bersemangat untuk buat yang terbaik..tapi dalam masa yang sama teringat apela jadi pada kelas aku yang tertinggal..

n myb i got fever ni bcoz pagi berjemur bawah matahari petang lencun dibasahi hujan. hebat.

p/s : to you guys..selamat bercuti sekolah ye! yeay!

Thursday, February 16, 2012

~bukan nak mengeluh ;(

assalamualaikum guys..

sebagai pekerja kita kena tau tanggungjawab kita yang sebenar-benarnya dan cuba melaksanakan tangungjawab tersebut dengan sebaik-baiknya...
tapi apa pandangan u olls kalu setiap kerja yang kita kena buat sentiasa diperingat2kan...sampai rase bukan tahap diperingatkan tapi seakan diberi amaran dan didesak2...

memang la setiap peringatan tu niatnya baik..tapi kalu sering diungkapkan bukankah telinga ni dah tak mampu untuk mendengar.. padahal certain things tu bukan berkaitan dengan kita pun tapi dengan kita2 kena dengar...kena cemuh kena marah...

bagi pihak atasan tolonglah be rasional!  hormat pekerja. status kita sama iaitu bekerja dengan niat mencari rezeki yang halal kerana Allah.so please.

p/s : kadang sampai rasa dimanakah keikhlasan ketika membuat kerja?