*ini adalah entry yang terlambat nak post gara2 tenet yang tak berapa nak ada.mahap *
sedih bila terbaca komen kritikan yang kurang membina berikutan
kes baru2 ni, pasal seorang guru yang berkejar nak pergi mesyuarat terlupa anak
nya yang tidor di seat belakang kereta.. anak kecil 3tahun telah meninggal
dunia sebaik ibunya menyedari setelah abes sekolah jam 5.30 petang.
korang mesti tau kan kes ni?
macam2 feedback orang komen pasal kes ni.. aku nak komen satu je,
manusia ni kalau diberi ruang untuk bercakap memang semua dia nak luah. kalau
tak diberi ruang pun ada aje nak dikomen..tapi sebaiknya komenlah yang baik2. Sesungguhnya Allah tu Maha
Mengetahui apa yang kita tak tahu...
bukan sebab aku pun guru aku nak menangkan si ibu. Rasionalnya
kerja guru sekarang bukan seperti kerja guru dahulu. Bebanan kerja, tanggungjawab
semua tu dah tak sama. Lagi2 skrang kerja guru selalu sangat dipertikai dan
dipandang serong. Ramai ibubapa berdiri diluar sekolah memerhati anak2 dan
keletah guru. Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
kami warga guru sesampainya disekolah terus sibuk dengan kerja2
sekolah.. mesyuarat, tugasan harian (jaga murid2 yang berkumpul disuatu
tempat dengan murid2 yang reti diam hanya sekejap) dengan tangan penuh buku/
kertas evidens, melayan anak murid yang mengadu jatuh/ bergaduh/ cedera terus
guru berlari ke pejabat ambil ubat.. terus lupa masalah dirumah ataupun apa
yang perlu dibuat sesampainya disekolah padahal dah set pada minda apa yang
perlu dibuat dahulu.
Jangan salahkan 100% ibu tersebut CUAI.
Sebaliknya renung2kan, sedarkah kita jika kita berada dalam
keadaan kelam kabut, apa yang kita ingat ialah rutin seharian sahaja. kematian
anak adalah asbab sahaja. jangan mudah menuding jari jika tidak pernah berada
ditempat ibu tersebut ataupun mengalami situasi sedemikian.
Aku setuju sangat dengan nasihat UAI dibawah :
p/s : semoga Allah meminjamkan kekuatan buat ibu arwah untuk menjalani hari2 yang mendatang tanpa anak beliau dan mendepani masyarakat yang pandai sangat bercakap. Al-fatihah buat arwah..
2 comments:
setuju!! bila ada ruang sume nak jadi keyboard warrior.. tak pernah cuba nak empati.. kalau terkena batang idung sdr baru tau
al fatihah.
sapa yg xjd cikgu memang xtahu kot..
payah nak citer kat org
swh depa jd cikgu dulu baru tau!!
Post a Comment