Assalamualaikum.
hai semua.
hari ni (semalam) walaupun sabtu agak sibuk sket aku di sekolah memandang sekola aku buat sukaneka untuk murid tahap 1 (tahun satu, dua dan tiga) so dengan murid2 yang ramai iaitu satu tahun ada 9 kelas dengan seramai 35 orang murid setiap kelas korang darab lah sendiri besar tak besar jumlahnya. hihi.
pah tu nak dimuatkan dalam satu dewan terbuka yang baru siap dipenuhi dengan guru2 sesi pagi n petang yang cikgu je dlm 200 lebih tak cmpur mak ayah adik bradik yang datang sokong anak2 main sukaneka. hahaha padat ke tak padat nya dewan tu..cam tin sardin rasanye.fuhh~
apa2 pun, syukur alhamdulillah semua murid aku berjaya menang tempat ke-3 untuk 2 games yang mereka masuki. =) cikgu hepy taw walaupun peluh je yang dapat tapi tengok diorang main dengan semangat tak kesah lah peluh2 basah baju pun. demi anak murid :) kenn.
tapi kisah yang tak puas hati ni melibatkan seseorang yang aku tak sangka lah dia macam tu.
tiada niat nak mengutuk memandangkan aku pun tak gtau nama dia pun kan kt uols. just nak meluah rse hati yang terkilan ni dan semoga aku dan readers dijauhi lah dari sikap si BAWANG yang tidak bertanggung jawab.
hal nyee cenggini... aku ada amanahkan si BAWANG untuk smpaikan pesan. memandang kan aku ni tak tahan sangat nak membuang air besar dalam kesibukan tu. majlis baru aje start tapi aku ni memang alah sarapan pagi awal sangat so nak tak nak kena lah pegi menunaikan hajat. dipendekkan cerita BAWANG aku pesan ni tak smpaikn pesan aku. so berlaku lah masalah yang tak disangka2 dan melibatkan murid2 dan mak murid.
memanglah masalah yang timbul dapat diatasi, aku bersyukurrr sangat... walaupun tak sebaik mana tapi masih membuatkan ak mcm tak pecaya yang si BAWANG ni tak menyampaikan pesan aku. ke aku ni mudah bersangka baik dengan orang ke ntahla. sebab aku jenis tak suka nk labelkan orang dengan skali salah or silap.
Dengan kata lain, aku test lah lagi si BAWANG ni. kali ni aku amanah kan dia untuk jaga barang aku. si BAWANG ni okay je. cam tadi lah beriaya sanggup. rupanya bila aku smpai dewan smula barang2 aku dah dikutip oleh orang lain memandangkan dewan nak dibersihkan.. time tu aku cari si BAWANG ni memang tak nampak langsung dah kelibat dia. hey! tak guna betul. memang tak boleh pakai okay itu BAWANG. bukan salah aku fikir macam tu ko yang buat aku fikir macam tu!! dalam hati memang aku TAK SUKA n MELUAT jumpa orang perangai macam BAWANG ni! eii! kemaen depan kita ye ye je cakap boleh bagai. belakang kita PUIHH!
kalau nak dikenang2 memang rasa terkilan tu smpai selasa depan tu aku akan ingat jugak. tapi aku ni malas nak amek yang negatif. mungkin masa mama aku mengandungkan aku dia sangat positif dan dari situ aku bersyukur sangat sebab mewarisi sifat ni dari dia. tenx alot mum! so lepas aku meluah pelbagai rasa pada suami. aku mereleasekn diri dengan mengajak MR.F makan pizza. haha! setel!
p/s : aku memang takde niat nak berdendam tapi aku akan ingat apa si BAWANG ni dah buat memandang aku tak nak buah pisang ke buah epal ke limau ke jambu ke berbuah dua kali. full stop.
1 comment:
Nanti nk tau sapa kah sibawang tuh ek..akk nk cincang msk msak ns goreng..klu bawang tu gemuk lg bgus sbb msk ns goreng boh bawang byk is sgt sedap!!
Post a Comment