Monday, July 25, 2011

~hampes lahh! hahahaha....

 assalamualaikum readerss..:))

semoga pagi isnin ni memberi kita kelapangan akal fikiran yee....amin2... yela...kita yang jadual biasa hari isnin merupakan hari kita bermula segalanya...badan bekerja, otak bekerja...hope kita semua bekerja dalam keadaan yang tenang dan bahagia.....:))

so,..pagi ni aku malas nak pikir lagi pasal keje...masuk keje pon 1230 nanti.... so tengah2 duk klik2 tenet...hahahha.....terjumpa lah pepatah2 ntah hape2 sekadar untuk hiburan hati..hehhe....syiok jugak tau...bila free2,baca2 benda yang boleh menggelikan pangkal hati dan mencuci otak kita ni...kikikiii. antaranya.....

--------Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

--------Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.


--------Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

--------Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

--------Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.


--------Biar korek hidung jangan korek tabung.

--------Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.


--------Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

--------Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

-------Biar lambat asalkan perlahan.

-------Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....



-------Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri


-------Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..


-------Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari....(nak tak?)


boleh kah macam tu???? hahhahaha....sukaaa...:(^______^)  rase2 aku pon nak join sekaki....hehehe....

tapi telah diingatkan ye rakan2 yang pepatah ini merupakan >>>>>>

Pepatah Moden! Jgn Gunakan Pd Anak2 Zaman Sekarang!

ia merupakan amaran ye...kalau kita guna sah2 la budak zaman sekarang menerima tanpa ada operasi penolakan langsung..hahhaha....jenuh lah begitu wahai manusia sekalian dan usaha guru mulai lah bertambah....hahhahaha..... *tak suka okee!! :p

No comments: