Friday, October 11, 2013

~update awal pagi ~mual yang amat

Assalamualaikum.

tak berapa nak sihat sangat.
sebenarnya baru sampai umah cheras. dalam pukul 1 am.
kepala pun pusing lagi ni..

petang tadi aku period di skolah. nasib baik sebab dah agak dan memang dah pakai pun siap2 sebelum ke skolah. sejak dua menjak lepas kawen ni, bila period rasa mual yang amat sangat menyerang. adakah sebab percampuran hormon lagi?? hm...

masa disekolah aku sampai tak boleh fokus menulis. terpaksa bangun mendongak sedikit seperti mencari udara yang segar supaya tak muntah dan kalau terpaksa memang buat smbil berjalan. satu je aku harap tak jatuh masa tengah mengajar. aku tak nak murid aku panik.

aku tak pernah pitam sebelum ni kecuali semasa dimaktab dulu sekali masa kawad kaki UB. aku tak breakfast. memang salah aku dan selepas tu memang aku beware. kali ke2 hampir pitam betul2 lepas kawin masa period juga tapi aku sempat duduk. time tu pun aku rasa mual sangat2.

tadi punya tak tahan kat sekolah sampai berair mata  mengenangkan rasa mual yang tak jelas datangnya dari masa tetiba menyerang..nak mengadu nasib ngan hubs pun tak dapat dihubungi sedih sangat. :'(

separuh jalan aku otw balik cheras akibat jammed yang amat teruk aku terpaksa U-turn sebab diri dah tak mampu menahan rasa nak muntah. tangan kaki sejuk sangat dah. gigih cari klinik kat taman melawati. dah naseb, pergi 1st clinic doc takde so aku pergi klinik yg ke2.  penting untuk aku jumpa doc nak tau apa yang tak okay.

tapi kalau diri tu dah penakut ngan doc. hm. sekali nampak muka doc trus tak tau nak kata apa. aku just cakap mual yang amat bila doc tanya. 1st impression doc kata awk pregnant kot. tp bila aku kata period then dia cek suhu badan, tekanan darah dan tanya ada pening ke nak pitam ke etc. pastu dia bagi ubat and aku keluar slps cakap terima kasih.

elok je dah amek ubat masuk keta, aku baru ingat nape aku tak tanya doc sebab aku bole mual macam tu??
hm......apela ting tong sangat aku ni. time ni memang aku kecewa betul. dalam keadaan yang  tak ok lagi tu trus gi umah akak aku tumpang rehat. ingatnya aku trus tido je.. sekali dah bangun tido dalam kul 9.30 pm rindu pada umah cheras aku menggamit2 hati suh balik umah. so aku dah selamat la smpai ni. balik malam sorang2 syukur selamat.huu

p/s : sakit kepala pulak macam nak menyerang, ya Allah kuatkanlah semangat ku ini ..dugaanya bila tinggal sorang2 ni..hm..

6 comments:

Unknown said...

1st bila aku bca, ingtkn ko preggie.. Trsasar rupanya.. Hehe.. Ko kna sntiasa spare ubt panadol soluble.. Kak ipar aku sllu mkn kalau period.. Tp xbgs la klau consume tuk jgka msa pjg

Miss Dilla said...

awk..sy pon lps kawen ni period muntah suma..sakit senggugut gila2.. pelik jgk knl jd cmni.. b4 kawen sggut ckit2 je.. steady lg.. skrg pnt ja keja.. tp xpreggy pon :(

loytha'san said...

cze~ aku xnak amek panadol da skg...better g jumpa doc ye dak?

loytha'san said...

miss dilla ~ huuu....takutnya senggugut. alhamdulillah setakat ni pernah sekali je dlu kne masa belajar. awk ckp cmtu awk ada tau kes scha pas kawin x? mntak dijauhkn la....uu

Chekgu Azrine said...

take care ye sis..
luv u..:-)

Miss Dilla said...

knp dgn period scha dear??