Saturday, August 23, 2014

~dilema set bersalin

Assalamualaikum.. :-)

Skang jam kul 3.21 pagi start aku merepek ni.. Hehe
Mau xmerepek.... Orang lain tengah syiok tidoo kutt dah aku tekebil2 klik itu ini.

Biasala... Orang kata dah akhir2 pregnancy ni dah susah nak tido malam. Tapi aku dari awal pregnant dah susah nak tdo cuma masuk 2nd trimister mcm senang nak dapat tdo yang berkualiti tu..tp kejap la dlm sebulan 2 aje kot.

So skang baby dah 37 weeks in my tummy. :-) alhamdulillah. Orang kata dah bole dah nak deliver bila2 hehe.
Hehe hehe pun bila malam memang bole bikin cuak bila ase sakit2 ni. Yela ditambah ngan gulap gulita mau xcuak..ehehe

Pejam celik pejam celik dekat 2minggu dah aku study pasal set bersalin. Bila free tanya kengkawan n seniors kat skolah tu masa pantang depa pakai apa. Pastu rajin tgn ni dok klik la review org psal set bersalin... Sudahnya dah banyak sangat aku baca nnt aku blur...

Ayoo, ak punya study smpai ase tjaga kul 4pagi pun bole teringat apa yg aku baca tadi... Macam la nak masuk dewam peksa mse blajar dulu2..huhuhu..

Antara set bersalin tanamera, nona roguy n anugerah yang mana bagus yek? Tolong guys..

Aku ni cam kompius sebab ak dah booked tukang urut utk ngurut masa pantang nnt. Dlm pakej yg aku pilih tu, tukang urut tu nnt akan urut, tangas, tunku, pakaikn pilis n param pd aku... N baby nnt dia akan mandikan n siapkan.
Jadi, masih perlu ke aku beli set bersalin lagi?

Dengar cerita pengalaman orang, masa berpantang nnt elak dari kena 'sembelit'.. So nak ngelak tu kena la mkn apa2 ubat or jamu ye dak.. Kang dah sembelit (nauzubillah) takkan baru nak cari ubat.. Uhuhuu takutnyee..


P/s:  nak tak nak weekend ni aku kne decide yg mana nk beli sebelum balik kg nnt.. Jom tdo! Sambung dlm tido pulak. Zzz :p

Sunday, July 13, 2014

~terbaek shake n take!

assalamualaikum semua.. :)

Salam ramadhan yang ke -15.  sedar tak sedar dah separuh bulan ramadhan kan.. :D
kejap je rasanya masa berlalu. alhamdulillah... aku masih berpuasa penuh!
honestly, sungguh terharu ngan anak mama yang masuk 32 weeks hari ni.. kuat anak mama..im proud of u sayang.. semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita ya...

nak cerita bab shake n take kali ni.
dah lama pendam dalam hati. nak buat air buah sendiri takmo beli.
tapi bila diri sendiri je yang nak hadap sorang2... hubs a.k.a MR.F jenis kaki air green tea.. so semangat tu kembang kempis jadinya. hehe

fyi, my family memang kaki buah. suka makan buah buat air buah beli air buah or apa2 je la kaitan buah. so setiap hari memang kena ada buah kat umah. paling kurang 1 jenis. biasa 2-3 jenis. beza ngan family in law diorang suka minum tea, nescafe or coffee...

so aku memang takde masalah sebab aku suka dua2nya.. cuma dah berhenti amek kafein ni bila start tak lalu makan dulu masa 2011. so dh xkuat sangat mnum air yg ada kafein ni.

lagi2 bila dah preggy... lagilah jarang sangat minum kafein. tapi bila balik umah mertua nmpak air nescafe susu.. adoii. amek jugak secawan.. tak tahan! hahaha..:P orang kata kalau teringin pape time preggy ni jgn tahan2. tak elok. nnt air liur baby kua non stop. hahaha *ayat kaber line. kikikii

so pasal shake n take ni. impian terlaksana uols! memang sangat2 mudah nak guna.
dan aku orang paling bahagialah.=:D aku punya sebijik cam yang kat bawah ni. beli pun ngan membe. harga pun sama rm50.. pakai duit orang kasi sumbangan kawin aritu rupanya tak guna lagi elok pulak jumpa dlm envelop. apa lagi...lajuuu je jari nii oderr..



nak kata mudahnya. dalam satu kotak ada mesin n 2 botol cam atas tu. warna pun sebijik. tinggal beli buah je. *melampau ko nak pakej skali buah ye dak.haha

dapat je shake n take ni terus balik sekolah ak suh beli buah tembikai hahaha. semangat koo! balik umah tembikai besar sangat nak potong. mintak tolong MR.F dia ada keje pulak... cam nak hampa sekali gali2 dalam peti ais ada epal hijau! hahahha jalan lah pe lagi... 

SENANG SANGAT! 
basuh buah epal. potong tak kecil tak besar sangat. letak dalam bottle, letak air n ice (kalau nk letak gula pun bole ikut suka uols). blend!
pastu boleh terus sedut. sebab penutup dia ada tempat cm straw untuk sedut. memang senang. kalau nak tapis buang serdak pun boleh. cuci pun senang. 
mesin dia tak bahaya okay, sebab pisau blend dia dalam botol. so kalau tekan butang pada mesin tu memang tak pusing kalau tak attach botol. bagus kan? =D
so tak isau la kalau anak kecil usik. 
kalau nak buat siket letak air siket. simple as dat.... so xdela bercinta nk abeskan banyak2 kalau guna blender yang biasa tu kan besa... kalau buat siket cm rugi kan. hehe

so sape yang rasa2 nak selalu minum air buah dengan cara yang plg mudah utk disediakan tanpa bahan pengawet or gula tambahan dan tak smpai 10 minit pun sedia bahan. boleh lah beli SHAKE n TAKE =D cm kat atas!

aku baru je beli last week, so dah buat air pelam, epal hijau, tembikai n coconut shake untuk berbuka n sahur! rasa bertenaga sepanjang hari...sejuk badan! love it!

p/ : no more blues! =D

Sunday, April 27, 2014

~BAWANG!.

Assalamualaikum.
hai semua.

hari ni (semalam) walaupun sabtu agak sibuk sket aku di sekolah memandang sekola aku buat sukaneka untuk murid tahap 1 (tahun satu, dua dan tiga) so dengan murid2 yang ramai iaitu satu tahun ada 9 kelas dengan seramai 35 orang murid setiap kelas korang darab lah sendiri besar tak besar jumlahnya. hihi.

pah tu nak dimuatkan dalam satu dewan terbuka yang baru siap dipenuhi dengan guru2 sesi pagi n petang yang cikgu je dlm 200 lebih tak cmpur mak ayah adik bradik yang datang sokong anak2 main sukaneka. hahaha padat ke tak padat nya dewan tu..cam tin sardin rasanye.fuhh~

apa2 pun, syukur alhamdulillah semua murid aku berjaya menang tempat ke-3 untuk 2 games yang mereka masuki. =) cikgu hepy taw walaupun peluh je yang dapat tapi tengok diorang main dengan semangat tak kesah lah peluh2 basah baju pun. demi anak murid :) kenn.

tapi kisah yang tak puas hati ni melibatkan seseorang yang aku tak sangka lah dia macam tu.
tiada niat nak mengutuk memandangkan aku pun tak gtau nama dia pun kan kt uols. just nak meluah rse hati yang terkilan ni dan semoga aku dan readers dijauhi lah dari sikap si BAWANG yang tidak bertanggung jawab.

hal nyee cenggini... aku ada amanahkan si BAWANG untuk smpaikan pesan. memandang kan aku ni tak tahan sangat nak membuang air besar dalam kesibukan tu. majlis baru aje start tapi aku ni memang alah sarapan pagi awal sangat so nak tak nak kena lah pegi menunaikan hajat. dipendekkan cerita BAWANG aku pesan ni tak smpaikn pesan aku. so berlaku lah masalah yang tak disangka2 dan melibatkan murid2 dan mak murid.

memanglah masalah yang timbul dapat diatasi, aku bersyukurrr sangat... walaupun tak sebaik mana tapi masih membuatkan ak mcm tak pecaya yang si BAWANG ni tak menyampaikan pesan aku. ke aku ni mudah bersangka baik dengan orang ke ntahla. sebab aku jenis tak suka nk labelkan orang dengan skali salah or silap.

Dengan kata lain, aku test lah lagi si BAWANG ni. kali ni aku amanah kan dia untuk jaga barang aku. si BAWANG ni okay je. cam tadi lah beriaya sanggup. rupanya bila aku smpai dewan smula barang2 aku dah dikutip oleh orang lain memandangkan dewan nak dibersihkan..  time tu aku cari si BAWANG ni memang tak nampak langsung dah kelibat dia. hey! tak guna betul. memang tak boleh pakai okay itu BAWANG. bukan salah aku fikir macam tu ko yang buat aku fikir macam tu!! dalam hati memang aku TAK SUKA n MELUAT jumpa orang perangai macam BAWANG ni! eii! kemaen depan kita ye ye je cakap boleh bagai. belakang kita PUIHH!

kalau nak dikenang2 memang rasa terkilan tu smpai selasa depan tu aku akan ingat jugak. tapi aku ni malas nak amek yang negatif. mungkin masa mama aku mengandungkan aku dia sangat positif dan dari situ aku bersyukur sangat sebab mewarisi sifat ni dari dia. tenx alot mum! so lepas aku meluah pelbagai rasa pada suami. aku mereleasekn diri dengan mengajak MR.F makan pizza. haha! setel!

p/s : aku memang takde niat nak berdendam tapi aku akan ingat apa si BAWANG ni dah buat memandang aku tak nak buah pisang ke buah epal ke limau ke jambu ke berbuah dua kali. full stop.



Tuesday, April 22, 2014

~Mcm2 hei!

Assalamualaikum guys.
Betullah org kata ya.. masa preggy ni, yang tak penah rasa mesti akan rasa..
Contohnya cam kalau uols xpenah suka masam akan nak makan yang masam2.. if uols xpenah rasa sakitnya melecet di peha uols akan merasa jua nanti. Hehe fyi bukan semua la ya...maybe setengah orang akan merasa cmni.
Pendek kata : Benda yang uols sangattt tak suka lah akan uols nak. (Bab nk mkn sos, yang ni tak kena lagi kat aku. Kuikuikui selamat. No sos ever!)
Betul x mommies preggy out there? ..
so skang ni bukan apa, yang sangat mengkompiuskan aku bukan nak ckp benda tak suka or benda yang suka...  tapi inilah antara dugaan yang nk kne hadapi dgn senyuman.. chewah!
Bangun2 je tdo. Mata kiri cm berat. Cm biasa masuk toilet nk cuci muka "ehhhh... apasal bengkak pulak mata sebelah ni.." agagagaa.... *ini cerita pagi semalam taw. Masuk arini stil bengkak lagi tapi mcm semakin menyeluruh pulak satu mata tu.. :(
Hari isnin nk gi keje tula mcm2 jadi ye dak... last week hari khamis ak mc. Doc kata kena kencing kotor. Bnda ni lahhhh yang paling aku nk elak masa preggy pun kena jugak. Alahai... sakit kt part ari2 tu yg xtahan.. lesuu je rasa kalau kne kencing kotor ni.. mggu ni bengkak mata pulak. Huhu. Xsetel lagi kencing kotor kne lg satu....
Tapi tak bolehla nk membebel ke apakan.. biasalah nak kne penyakit mana kita nk tau awal2 kan. Kalau dh cuba elak kena jugak terima lah dgn positive  :) so aku g skolah cm biasa lah. Cuma bila xlarat rse lemah tetiba tu ngan luar mata pun gatal semacam je kulit nya eii ak tenyeh jugak bila tak tahan. hehehe..
P/s : dilema nya nk jumpa doc. Tapi kadang gatal sgt kulit atas bawah mata ni ha. (-_-)'